Antaranya peserta AF9 yang lincah menari iaitu Eka, kaki beliau bengkak dengan tiba-tiba. Manakala Afif yang sebelum tersingkir pernah mengadu sakit gigi yang berpanjangan. Fina pula kehilangan suara selama seminggu dan menyukarkan sesi latihannya. Manakala Hazama merasakan sesuatu yang aneh apabila menghampri waktu persembahan. Kay pula kerap demam yang pelik. Dan paling menakutkan amir yang muntah rambut dengan tiba-tiba. Begitu juga Amir dan rakan-rakan AF9 yang lain. Mereka juga mengatakan, apabila mereka tersingkir dan keluar sahaja dari AF9, segala penyakit yang mereka hadapi hilang serta-merta dan mereka kembali sihat seperti biasa.Walau apa pun pihak kami tidak akan menafikan atau menyatakan sebarang pendapat. Namun kami andaikan perkara ini mungkin juga berlaku kerana keadaan pelajar AF yang tertekan dan mengalami stress menyebabkan mereka mendapat pelbagai penyakit. Kami juga ingin mengcapkan tahniah kepada Hazama, Fina, Azri dan Lena kerana berjaya ke peringkat akhir konsert Akedemi Fantasia Musim Ke-9 ini. Penentuan Juara AF9 akan berlangsung di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada hari Ahad 12 Jun 2011 dan tiket masuk adalah percuma. Anda semua dijemput hadir memeriahkan konsert tersebut.
Ada Unsur Mistik AF9?
Baru-baru nie pihak kami ada mendapat maklumat yang mengejutkan dari beberapa rakan media yang lain mengenai unsur mistik didalam Akademi Fantasia 9 ini. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Ramai yang mengiakan dan ada juga yang menidakkan tentang perkara mistik & tahyul ini. Namun pihak kami tidak menafikan perkara seperti ini boleh terjadi dimana-mana. Peserta AF9 sendiri menyatakan pelbagai kejadian aneh berlaku kepada mereka pada awal minggu pertama lagi.
0 comments