Sheeda Kembali Menuntut Kekecewaan

Kalau anda penah ingat ketika mana Sheeda merancang mengadakan konsert dangdut khas bagi mengutip dana bantuan kepada penulis lirik Seri Bayu yang dijadualkan berlangsung di Dataran Astaka, Tanjung Karang. Bagaimanapun, impiannya musnah sama sekali apabila ditipu penganjur hingga terpaksa membatalkan konsert itu pada saat akhir.

Sheeda sekali lagi akan mengadakan konsert bagi mengutip derma buat insan yang pernah berjasa kepadanya menerusi penganjuran program Jom Hebah Raub Fest 2011 di Dataran Raub, Pahang. Program kendalian syarikatnya, Mieniery Entertainment akan berlangsung selama sebulan bermula dari semalam hingga 13 Julai.
Namun, kali ini lebih besar apabila sumbangan turut akan diagihkan kepada rakan artis lain seperti keluarga Allahyarham Shamrin Fotograf, keluarga Allahyarham Achik Spin, keluarga Ameng Spring dan Rumah Anak Yatim Raub serta Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa Hulu Langat.
Kali ini, skalanya lebih besar apabila sumbangan turut akan diagihkan kepada rakan artis lain seperti keluarga Allahyarham Shamrin Fotograf, keluarga Allahyarham Achik Spin, keluarga Ameng Spring dan Rumah Anak Yatim Raub serta Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa Hulu Langat.

“Saya sentiasa cari jalan untuk menebus kekecewaan dulu. Permintaan Allahyarham Seri Bayu bukannya besar pun. Dia cuma hendakkan sebiji kereta bagi memudahkan pergerakannya ke sana sini. Tapi tak mampu juga dipenuhi kerana masalah itu. Jadi, selepas dia tiada, saya berazam nak membantu keluarganya terutama anak-anaknya.
“Saya juga bersyukur kerana sebelum meninggal, arwah sempat mewasiatkan kepada saya permohonan untuk meminta maaf kepada keluarganya. Sekarang alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Majlis Daerah Raub bagi menganjurkan program ini. Kesempatan yang ada saya gunakan dengan menyelitkan satu program konsert amal artis bagi mengutip bantuan kepada mereka yang bernasib malang,” kata Sheeda.
  “Konsert amal ini akan berlangsung pada 9 Julai dan setakat ini beberapa artis seperti Elly AXL dan Pian Cecupak sudah menyatakan persetujuan untuk turut serta. Saya beruntung kerana Majlis Daerah Raub sudi menyediakan dua bas untuk mengangkut artis dan pihak media yang bersetuju hadir pada hari tersebut. Manakala, Karyawan pula membantu mengadakan sidang akhbar nanti.

“Saya memang sangat mengalu-alukan penyertaan ramai artis, badan korporat serta sesiapa saja yang berminat untuk menghulurkan sumbangan untuk program ini. Apa salahnya kita ambil masa sekejap untuk acara berfaedah ini. Saya nak tengok sokongan artis terutama yang masih baru. Di mana sikap prihatin mereka terhadap golongan memerlukan?

“Mereka tak perlu bimbang kerana segala kemudahan akan disediakan dan wang yang dikutip akan dikira pada malam itu juga bagi menunjukkan penganjurannya begitu telus. Selepas bertungkus-lumus, saya tak takut lagi dengan apa juga halangan biarpun dulunya sangat sedih. Saya yakin kali ini akan berjaya dan tak nak lagi pisang berbuah dua kali,” jelas beliau lagi.
Mieniery Entertainment, baru ditubuhkan secara berkongsi dengan suami beliau, Shukri Hashim, 30 dan seorang rakan. Jom Hebah Raub Fest 2011 adalah projek sulung syarikatnya.

Info:
Nama Pogram :
Jom Hebah Raub Fest 2011
Anjuran:
Mieniery Entertainment
Aktiviti :
Jualan dan Pertandingan Karaoke yang dikendalikan Pian Cecupak pada setiap malam.
Setiap Sabtu dan Ahad pula, akan ditampilkan artis undangan antaranya Bandi Amuk, Mus MAY dan Bienda untuk menghiburkan penonton.
Hubungi :
0122244691, 0139978799 atau 0173011507.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply