3 Individu Akan Di Heret Ke Mahkamah - Raja Azmi

Raja Azmi Raja Sulaiman, 52 yang merupakan seorang produser yang pernah di kaitkan berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, iaitu Roslin Hashim, 36, semalam membuat kenyataan kepada media, bahawa beliau akan mengheret 3 individu ke mahkamah yang pernah mendakwanya di atas tuduhan khalwat tersebut. Tindakan Raja Azmi itu di ambil setelah keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang membebaskan mereka daripada tuduhan itu pada 19 Ogos 2011 lalu. Antara yang akan di heret ke Mahkamah ialah isteri Roslin sendiri, Norhayati Othman kerana disyaki terbabit dalam konspirasi memfitnah dia dengan Roslin dan dua lagi yang didakwa terbabit ialah salah seorang anggota keluarga terdekat kepada suaminya yang juga lagenda badminton negara, Jalani Sidek dan seorang tokoh bergelar Dato'. Tambah beliau, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan 3 individu tersebut yang berpakat untuk menfitnah dan memburukan nama beliau dan keluarga. Walau bagaimanapun beliau yang gagal menahan sebak setiap kali menceritakan apa yang berlaku, bersedia memaafkan pihak yang menganiayanya sekiranya pihak terbabit sanggup mengakui kesilapan mereka secara terbuka. Pada sidang media itu, Jalani Sidek, Roslin Hashim, peguam mereka Roslizam Rahim dan juga beberapa orang saksi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes berkenaan turut hadir. Untuk makluman, pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jalani Sidek di bilik Hotel Corus, Jalan Ampang, bernombor 533, di sini, sekitar jam 8.30 malam dan pada ada April 2011 lalu, Norhayati telah membuat laporan kepada JAWI berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Roslin yang turut ada di sidang media tersebut mengakui sehingga hari ini dia berasa tertekan dengan kejadian itu, apatah lagi telah menyebabkan hubungannya dengan keluarga terdekat turut berantakan. Roslin juga tambahnya, tidak menyangka bekas isterinya sanggup berkomplot untuk memfitnah dirinya dan Raja Azmi atas niat tertentu.

Kenyataan Raja Azmi
"Saya mengambil tindakan ini demi anak dan cucu saya. Saya tidak mahu suatu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat.
"Justeru itu, selepas tindakan saman itu, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya semua artikel mengenai kes khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet," 
"Saya perlu mengheret mereka ke mahkamah supaya permohonan menarik artikel yang disiarkan di internet dapat dipadamkan.
"Saya bersedia untuk melaluinya (proses mahkamah) sekali lagi demi cucu saya dan demi maruah keluarga saya," 
Luahan Roslin Hashim

"Selepas kes khalwat ini, baru saya nampak siapa sebenarnya dia (Norhayati)," kata Roslin berhubung siapa dalang terhadap tuduhan khalwatnya.
"Ketika di dalam mahkamah terhadap pengesahan lafaz cerai saya, baru saya sedar ada orang mengekori saya sebelum ini kerana segala pergerakan saya diketahui dan didedahkan.
"Disebabkan kes khalwat itu juga, keluarga saya seolah-oleh makin menjauhkan diri tetapi saya sedar ujian ini ada hikmahnya. Perkara ini terbukti selepas saya dan Raja Azmi dibebaskan dari tuduhan khalwat,"
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply