Fiza Elite Ingin Berubah Ke Arah Kebaikan

Fiza Halim atau Fiza Elite yang kami rasa, sentiasa penuh dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga beliau, percintaan beliau serta imej beliau yang seksi sering jadi bualan hangat. Kini pada usia 30 tahun pada 18 Ogos 2011 lalu, Fiza mengatakan yang beliau mahu berubah. Malah, beliau juga sudah berfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Beliau katanya, tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya kepada ke arah itu, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Malahan pula,cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi, mungkin antara sebab beliau patut berubah. Kejadian aneh kepada rakanya juga membawa sebab beliau ingin berubah. Katanya, dunia seni hanya untuk beliau mencari makan untuk keperluan anak-anaknya. Beliau yang membesarkan 2 orang anaknya Ferra Aryanna, 4,  dan Feeya Adyria, 3 berkata, beliau selesa membesarkan anak sendirian, walaupun ada lelaki mendekatinya, namun hatinya masih tertutup kerana kekurangan yang masih ada pada lelaki yang mendekatinya. Fiza khabarnya, masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya dan pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Berikut antara cerita beliau ketika di temui.
"Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja.  Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga.
"Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?... tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung... itulah dia," 
"Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas.
"Saya tak tahu pasal apa... tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.
Masih mahu berlakon walaupun selepas bertudung.
"Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini."
"Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia. Arwah meninggal ketika memakai  pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat.
"Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah,"
"Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi,"
"Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai).
"Saya tak tahulah... bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi," 

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply