Benjy Di Lepaskan Selepas Bayar Denda RM5 ribu

Sebelum ini, anak dramatis Azean Irdawaty, Benjy ini , pernah di tahan kerana memiliki syabu pada 2010. Semalam, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 35, telah di jatuhkan hukuman hanya perlu membayar denda RM5,000 kerana bersalah memiliki 0.24 gram syabu, tahun 2010. Sekiranya gagal menjelaskan denda, Majistret Hafizza Sauni memerintahkan beliau untuk di penjara 6 bulan. Untuk makluman juga, sebelum ini
Benjy didakwa memiliki dadah pada pukul 4 petang, 11 Mac 2010 di sebuah rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut. Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun. Beliau juga pernah di masukkan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya1985 dan beliau di bebaskan Mac 2010. Oleh kerana itu beliau membuat rayuan agar tidak dipenjara kerana semasa di pusat pemulihan, beliau menghidap asma yang kronik berikutan lantai yang sejuk semasa di sel. Kerana hal tersebut juga, beliau di masukkan ke ICU dan beliau masih belum menjelaskan bil dari Pusat Pakar Damansara berjumlah RM65 ribu. Benjy dijadualkan menjalani pembedahan major untuk penyakit ‘Bilateral Nasal Polyposis & Pansinusitis’ di Hospital Putrajaya, hari ini dan perlu menjalani rawatan susulan selama beberapa bulan. Beliau juga membuat rayuan kerana mempunyai tanggungjawab terhadap anaknya. Oleh kerana itu, mahkamah menganggap denda RM5,000 itu adalah hukuman yang paling baik untuk beliau. Benjy juga dimaklumkan telah membayar denda tersebut hari ini. Berikut ulasan beliau ketika di mahkamah.

"Semasa saya di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, keadaan dalam sel, lantai yang sejuk, habuk dan air telah menyebabkan saya mendapat asma,”
“Buat masa ini, anak saya tinggal bersama isteri yang merupakan seorang mualaf yang menetap bersama orang tuanya yang bukan beragama Islam. Saya bimbang dengan pegangan agamanya,” kata Benjy dalam surat tersebut.
Note:
Harapnya beliau berubah selepas ini, ingat emak dan anak yang ada di rumah. Jangan asyik fikir syok sendiri jer..

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply