|
Pelajar Malaysia, Asyraf Hazlan |
Rusuhan di Britain bertambah buruk sehingga memaksa Perdana Mmenteri David Cameron memanggil sidang khas Parlimen Khamis ini. Akhbar melaporkan seorang pelajar Malaysia antara yang cedera dalam kekecohan di Barking, London. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Zakaria Sulong ketika dihubungi TV3 mengesahkan, pelajar berkenaan kini dirawat di Hospital Royal London. Pelajar terbabit cedera di rahang dan dijadual menjalani pembedahan esok. Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London cedera ringan akibat dipukul dan diragut dalam rusuhan di kota itu malam semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar tersebut, Asyraf Hazlan, 20, berasal dari Selangor, tidak terlibat dalam rusuhan, namun beliau telah diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Berikut lagi berita mengenai rusuhan di Britian, serta rakaman amatur, ketika pelajar terbabit dipukul dan diragut.
|
Mark Duggan, Ketua Ahli Kongsi Gelap Di Tembak Mati |
Selepas tiga malam, gelombang keganasan buat pertama kali merebak di luar ibu kota London. Ia membabitkan tiga bandaraya utama lain bermula di Liverpool, rusuhan kemudian menular ke Birmingham dan Bristol. Polis Britain menahan tiga perusuh yang disyaki cuba membunuh seorang pegawai polis. Pegawai berkenaan dilanggar kereta di utara London awal hari ini. Menurut polis, 334 orang ditahan di London. 69 didakwa melakukan pelbagai kesalahan. Hampir 100 yang ditahan berusia sekitar atau bawah 21 tahun. 100 orang pula dtahan di Birmingham. Rusuhan dan keganasan yang berlaku mencalar imej Britain. Ia disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu sejak rusuhan kaum menyebabkan London huru hara pada 1980an. Ia juga satu petanda kurang enak menjelang penganjuran olimpik musim panas tahun depan. Selain London, kawasan tumpuan perusuh membabitkan tengah Birminghan, barat Bristol dan barat laut Liverpool. Sekumpulan remaja mengamuk merosakkan harta benda dan premis. Beberapa kumpulan remaja dilapor menggunakan sms, mesej blackberry dan laman web sosial seperti twitter untuk merancang serangan. Perkhidmatan ambulans London berkata, pihaknya merawat 16 orang, 15 daripadanya dimasukkan ke hospital. Kira-kira 35 anggota polis cedera selepas bertempur dengan perusuh. Rusuhan tercetus lewat Sabtu di daerah Tottenham, London selepas bantahan aman ke atas kematian Mark Duggan bertukar ganas. Keganasan tercetus di utara pinggir ini, Tottenham pada malam sabtu lepas susulan kemarahan penduduk berhubung seorang lelaki yang ditembak polis. Mark Duggan lelaki berusia 29 tahun mempunyai empat orang anak ditembak oleh polis semasa anggota pihak berkuasa cuba untuk menangkapnya. Mahkamah Koroner Utara London mendapati Mark Duggan meninggal dunia akibat luka peluru. Koroner Andrew Walker menangguhkan perbicaraan sehingga12 Disember ini.
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments