Aron Aziz Bakal Berlakon Dalam Filem Hollywood

Bertambah rezeki pelakon utama KL Gangster ini. Kami dapat maklumat dari akhbar Singapura, bahawa, Aron Aziz dikatakan telah dilamar oleh penerbit filem Prince of the City yang akan memulakan penggambaranya tidak lama lagi. Beliau dilamar bersungguh-sungguh oleh penerbit tersebut, sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini. Beliau, ditawarkan menjadi watak pembunuh upahan yang bekerja di’bawah Michael Madsen dalam filem tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Michael Madsen yang pernah membintangi filem epik Kill Bill adalah antara pelakon yang terkenal di Hollywood. Filem tersebut akan menjalani pengambaran di beberapa bandar sekitar Asia dan akan di pasarkan untuk pasaran antarabangsa. Namun kerana tidak mahu terikat pada janji, Aaron Aziz hanya memberikan perjanjian lisan untuk terlibat dalam filem hollywood itu. Berikut gambar Michael Madsen yang pernah berlakon dalam Filem Kill Bill.

Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply