Penyanyi Siti Adira Suhaimi, 21, atau Adira (AF8) gemar mengibarkan Jalur Gemilang setiap kali menjelang sambutan hari kemerdekaan negara yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Jelas Adira, sejak kecil dia dan keluarga bersemangat mengibarkan seberapa banyak Jalur Gemilang di kawasan rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah. Tambah Adira, biarpun belum dapat menyumbangkan jasa kepada negara tercinta, Adira menganggap sambutan dan semangat menghargai kemerdekaan perlu ada pada setiap generasi muda. Mengimbau kenangan ketika waktu persekolahan, Adira mengakui sering mengikuti program kemerdekaan yang dianjurkan sekolahnya. Anda semua boleh lihat perkembangan Adira di blog beliau
adira-af8.blogspot.com. Berikut ceritanya ketika ditemui.
"Kami sekeluarga memang akan memasang Jalur Gemilang sebanyak mungkin pada bulan Ogos untuk menunjukkan semangat kemerdekaan.
"Saya rasa ada lebih 50 Jalur Gemilang yang bersaiz kecil di pasang di sekeliling kawasan rumah dan beberapa bendera besar dikibarkan di hadapan rumah termasuk bendera negeri Sabah,"
"Sebagai anak Malaysia sudah tentu saya ingin menyumbangkan jasa kepada negara, biarpun masih belum berpeluang namun sebagai mewakili generasi muda saya sentiasa menghargai nilai kemerdekaan ini.
"Sebagai artis saya masih boleh menyumbang dengan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia,"
"Semasa di sekolah dahulu, saya banyak menyertai program dan pertandingan nyanyian, lakonan dan koir tentang kemerdekaan di sekolah.
"Pada saya biarpun ia sekadar suka-suka tapi sedikit sebanyak, ia membuatkan kita faham tentang apa itu kemerdekaan,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments