Lanun Tema Hari Jadi Anak Ashraf Sinclair

Kelmarin Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair. Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Kata Bunga, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah. Berikut antara ulasan Bunga ketika di temui media di majlis hari jadi anaknya serta gambar di sekitar majlis.
"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana,"
"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya,"
"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia,"
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply