Haslinda Merican Di Penjara 10 Bulan



Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 bulan yang dikenakan terhadap bekas penerbit rancangan televisyen, Haslinda Merican M.A. Merican dan bekas perunding kewangan, Mohd. Amin Jamadi kerana kesalahan menjadi perantara pelacuran atau ‘Mak Ayam’ melibatkan empat artis wanita, 16 tahun lalu. Haslinda diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta kerana didapati bersalah pada 4 Oktober 2000 di sebabkan menjadi perantara pelacuran terhadap empat artis wanita. Walau bagaimanapun, mahkamah merahsiakan nama 4 artis tersebut. Kejadian di katakan berlaku di antara pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam pada 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court yang kini dikenali sebagai Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Seperti yang semua ketahui, kes ini melibatkan beberapa nama orang kenamaan dan artis wanita popular turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995 lalu. Kredit berita dari Utusan

Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply