Sepah The Movie Tetap Di Teruskan

Khabarnya, Filem Sepah The Movie tetap akan meneruskan penggambarannya walaupun kumpulan Sepah telah berpecah. Penerbit filem tersebut, Hasni Maulod berkata, anggota kumpulan Sepah, mampu bersikap profesional bagi menjayakan filem tersebut, walaupun mereka telah berpecah apatah lagi, mereka masih muda. Hasni berkata, pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka. Manakala Jep dan Mamat pula, sepakat untuk bersikap profesional dalam filem Sepah The Movie, bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.Mamat juga yang sekarang bergerak solo dan masih dengan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama. Untuk makluman, Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, Anzalna Nasir dan Ramona Qadira finalis Dewi Remaja 2010/2011. Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012. Berikut ulasan mereka pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian dan Country Resort semalam.

Ulasan Penerbit
"Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.
“Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah,”

"Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik,” katanya.
Ulasan Jep Sepah
"Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.
"Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional,"
Ulasan Mamat Sepah
"Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar.
"Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama,"
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply