Joey Bakal Kahwini Watie Elite Januari 2012

Khabarnya, artis yang telah melalui kontroversi dalam rumah tangganya dan telah di sahkan bercerai beberapa bulan yang lepas iaitu Joey atau nama sebenar Zulkifli Daud, telah memutuskan untuk bernikah dengan bekas anggota kumpulan Elite, Norwati Sadali atau lebih di kenali dengan Watie Elite, pada Januari 2012 tahun depan.Keputusan di ambil katanya, adalah tepat kerana merasakan Watie telah memenuhi ciri-ciri yang diingininya selama ini, selain menganggap ia sebagai jodoh. Joey juga menegaskan, hubunganya dan kekasih semakin baik dan Watie adalah seorang yang tabah. Untuk makluman, sebelum ini, Watie ketika ditemui menjelaskan dia sedang keliru sama ada ingin meneruskan hasrat untuk berumah tangga dengan Joey ataupun tidak kerana tertekan dengan tohmahan sesetengah pihak terhadapnya. Watie meluahkan dia amat kecewa dengan tuduhan orang yang mengaitkannya sebagai dalang kepada keretakan rumah tangga Joey walaupun kes penceraian pelakon itu dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir sudah selesai. Joey juga berkata, majlis perkahwinan mereka tidak di adakan secara besar-besaran namun lebih menumpukan kepada ikatan yang bakal terjalin nanti. Berikut ulasan Joey ketika di temui di majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega, semalam.

"Pertemuan kami seperti telah ditentukan untuk hidup bersama. Saya merasakan Watie adalah orang yang dapat membahagiakan hidup saya hingga ke akhir hayat,"
"Dengan segala tohmahan yang dilemparkan kepadanya sudah tentu dia akan berasa tertekan dan runsing. Tetapi kami sering berbincang bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dan Alhamdulillahlah semuanya kembali okey.
"Tambahan pula kami berdua pernah mengalami detik hitam kehancuran rumah tangga jadi kami lebih memahami antara satu sama lain," 
"Saya tidak begitu memikirkan tentang majlis perkahwinan secara besar-besaran kerana sebaliknya yang lebih penting ialah kehidupan selepas berkahwin nanti, Insya-Allah,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply