Dato’ Ahmad Jais Meninggal Dunia

Al-Fatihah..
Takziah kami ucapkan kepada keluarga Dato’ Ahmad Jais, 75, yang di khabarkan telah meninggal dunia pada 9.19 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Selangor. Perkhabaran di ketahui melalui twitter Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim. Jenazah beiau  di akan di bawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.Untuk pengetahuan anda, pada 25 September lepas, Dato’ Ahmad Jais ada di laporkan, bahawa telah di bawamasuk ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Selangor, akibat mengalami sesak nafas. Menurut ahli keluarganya juga, beliau pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September yang lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam .Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad lepas, kerana mempunyai rekod perubatan di situ. Berikut tweet dari twitter Dato Rais dan beberapa koleksi album Dato’ Ahmad Jais dari tahun 1959 hingga 2011.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply