Shahz Jaszle & Miera Liyana Bakal Bertunang Akhir 2011


Ahad lalu, Harian Metro melaporkan bahawa pasangan muda Miera Liyana dan Shahz Jaszle bakal bertunang. Terbaru, Miera Liyana yang sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie baru mengesahkan berita tersebut. Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti bilakah Shahz Jaszle akan melaksanakan niat beliau itu walaupun sudah menyatakan niat murni itu kepadanya. Shahz Jaszle yang turut berlakon dalam telemovie tersebut bersama Miera Liyana turut mengesahkan niat beliau, namun begitu, beliau menyerah segalanya kepada takdir dan ketentuan. Shah Jaszle juga memaklumkan bahawa beliau merancang untuk mengambil kursus pendek dalam bidang perfileman di Australia. Beliau akan terbang ke Australia November 2011 ini, demi memantapkan pengetahuan dalam ilmu perfileman dan lakonan. Pasangan ini juga telah sepakat untuk merealisasikan majlis pertunangan mereka sebelum akhir tahun ini, jika ada rezeki, kerana menurut Miera Liyana, walaupun umur beliau masih 18 tahun, beliau sudah bersedia untuk memberikan komitmen penuh.



Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply