Zaf Co. Produk Keluaran Khairul Fahmi dan Rkan-Rakan

Sepertinya anda akan tertanya melihat jenama Zaf.Co yang masih baru dalam pasaran pakaian keluaran tempatan. Zaf adalah gabungan ringkas 3 pangkal nama pemilik syarikat tersebut iaitu Zamri, Aida serta penjaga goal kebangsaan Fahmi Che Mat dan Company. Bercakap mengenai impian, kata Khairul, setiap mereka mempunyai impian sendiri, namun mereka memilih pakaian kerana merasakan pasaran pakaian lebih meluas. Khairul juga ada menerangkan status syarikat miliknya dan rakan-rakan, serta penghasilan dan kualiti produk keluaran syarikatnya dalam satu temubual yang di adakan semalam. Berikut ulasanya. Gambar kredit pada blog Zaf.co.
“Jika tercedera atau kurang berupaya untuk beraksi, apakah yang akan terjadi kepada kami? Daripada situlah tercetusnya idea perniagaan baju trendy berjenama Zaf.Co yang kini diceburi oleh saya dan rakan perniagaan, seorang pemain bola untuk pasukan Harimau Muda,” jelas Khaiful Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia.
“Walaupun perniagaan ini masih baru, sambutan yang diberikan oleh pembeli amat mengalakkan. Justeru, saya tidak melepaskan peluang apabila dimaklumkan akan menerima geran sejumlah RM200 ribu melalui program APEC Young Entrepreneurs’ Summit yang dilancarkan hari ini,” 
“Pakaian Zaf.Co ini amat trendy dan up-to-date kerana ia disesuaikan dengan karakter aktif remaja. Istimewanya, kesemua pakaian telah direka oleh anak tempatan. Manakala, proses pembuatan kami lakukan di Indonesia atas faktor kos yang lebih murah di sana.”
“Setakat ini, saya akan mengembangkan perniagaan Zaf.Co terlebih dahulu. Memang tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan produk pakaian berjenama sendiri,”
Antara prduk keluaran Zaf Co. yang di gayakan

Zaf Co. mengeluarkan produk dengan jenama sendirinya, 100% hasil anak tempatan

Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply