Salah satu kontroversi yang timbul sebelum majlis perkahwinan bermula adalah niat Muzium Negara untuk pamerkan persalinan pengantin ini. Peminat hiburan rata rata menentang niat Muzium Negara ini yang mereka anggap sebagai mencabul matlamat asal lokasi yang penuh dengan artifak bersejarah negara itu. Namun hari ini, Muzium Negara bersuara menjawab segala persoalan bermula dengan menjelaskan pameran persalinan itu bukan kerana Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Jabatan Muzium Negara (JMM) akan menganjurkan Pameran Khas Busana Perkahwinan Selebriti dan Tokoh Terkemuka bermula 25 November 2011 sehingga 31 Disember 2011 ini. Ketua Pengarah JMM berkata
“Ramai yang anggap JMM cuba naikkan Norman & Memey sedangkan fokus utama adalah memperkenalkan budaya melalui pakaian pengantin negara ini”Apa pun, kami ia kan sajelah...
“Secara kebetulan, pakaian dan kasut yang di’pakai Norman dan Memey memenuhi kriteria yang boleh di’pamerkan di muzium. Lagi pun bukan mudah untuk kita dapatkan kasut rekaan Jimmy Choo yang terkenal itu.”
0 comments