Selesai 6 minggu sesi perbicaraan kematian selebriti dunia Michael Jackson terhadap doktor peribadi milik mendiang iaitu Conrad Murray. Agensi berita seluruh dunia melaporkan yang mahkamah memutuskan Conrad Murray, bekas doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian ikon pop itu sekitar tahun 2009 yang lalu. Conrad Murray didapati bersalah menyebabkan kematian dengan tidak sengaja selepas memberikan dos ubat propofol secara berlebihan kepada Michael Jackson pada malam kejadian di Los Angeles. Mahkamah telah menetapkan hukuman penjara 4 tahun buat Conrad Murray dan kemungkinan besar lesen menjalankan khidmat perubatan beliau akan digantung selamanya. Peminat dan keluarga yang turut serta dalam sidang terakhir perbicaraan kes Conrad Murray ini berteriak gembira apabila keputusan diumumkan dan tidak kurang juga yang menangis. Nampaknya beliau kenalah buka bisnes lain selepas keluar dari penjara nanti.
Artis Hollywood,
Berita Antarabangsa,
Conrad Murray,
Gossip Artis,
Hiburan,
Mahkamah,
Michael Jackson
»
Conrad Murray Bersalah, Di Penjara 4 Tahun
Conrad Murray Bersalah, Di Penjara 4 Tahun
Posted by Admin OM
on 10:50
in
Artis Hollywood,
Berita Antarabangsa,
Conrad Murray,
Gossip Artis,
Hiburan,
Mahkamah,
Michael Jackson
|
0
comments
Tags:
Artis Hollywood,
Berita Antarabangsa,
Conrad Murray,
Gossip Artis,
Hiburan,
Mahkamah,
Michael Jackson
0 comments