Namun apa yang membuat dia terkilan ialah hanya melahirkan seorang sahaja anak berbanding apa yang dikandungnya sebelum ini. Ini kerana, sebelum ini Zila mengandung anak kembar. Namun, ketika di ABPBH April lalu, Zila mengalami pendarahan dan seorang anak kembarnya tidak dapat diselamatkan.
Kesedihan Zila itu sebenarnya turut dikongsi bersama oleh suaminya Along Raja Lawak (Muhammad Nizamudin Ahmad) yang diberi peluang oleh doktor menyambut kelahiran tersebut. Katanya, dia rasa mahu menitis air mata melihat kesakitan yang dialami oleh isterinya sewaktu proses melahirkan. Berikut antara luahan hatinya, dan gambar anak mereka Ahmad Danial.
“Doktor bagi peluang untuk saya merasai pengalaman menyambut anak. Masa itu saya menitis air mata kerana baru saya tahu kenapa Allah bagi syurga di bawah telapak kaki ibu. Masa Zila mula nak teran, dia dah minta maaf, minta saya ampunkan dosa dia serta halalkan makan minum dia.
“Saya ingat lagi, Zila pegang katil sampai nak bengkok. Zila tak mahu ambil epidural sebab dia nak buat semuanya secara normal. Masa Zila teran, dia hampir pengsan. Saya dah panik masa itu dan hanya mampu berdoa saja ketika itu. Lepas Zila bersalin, saya terus sujud syukur,” ujar Along dipetik sebagai berkata.Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.
"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.
"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.
"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.
0 comments