Semalam berlangsungnya penarikan balik trofi Yuna di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) dan Trofi tersebut di serahkan kepada Anuar Zain, pemegang trofi yang layak memenangi trofi bagi kategori Lagu Terbaik. Oleh kerana risau akan kemarahan sesetengah pihak, pihak audit AIM 18 iaitu Syarikat Ernst dan Young telah membuat satu surat yang menjelaskan siapa yang layang memenangi trofi bagi kategori tersebut, dan surat tersebut telah di serahkan kepada RIM. Dalam kandungan surat tersebut, pihak Ernst dan Young ada menjelaskan bahawa, pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, sepatutnya dipilih daripada pemenang dari 4 kategori yang lain, antaranya Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik. Dan hanya pemenang-pemenang bagi kategori tersebut sahaja yang layak menerima anugerah Lagu Terbaik. Namun, semua perkara telah berlalu, nak atau tidak, pihak pengurusan AIM 18 tidak mungkin dapat meredakan kemarahan dari penyokong-penyokong Yuna. Berikut Scan dari surat yang di beri oleh Syarikat Ernst dan Young kepada pihak RIM.
AIM 18,
Anugerah Industri Muzik,
Berita Tempatan,
Ernst dan Young,
Gossip Artis,
Hiburan
»
Gambar Surat Penjelasan Ernst dan Young
Gambar Surat Penjelasan Ernst dan Young
Posted by Admin OM
on 18:24
in
AIM 18,
Anugerah Industri Muzik,
Berita Tempatan,
Ernst dan Young,
Gossip Artis,
Hiburan
|
0
comments
0 comments