Gosip Gambar Kekasih Nazmi Faiz Mansor

Muhamad Nazmi Faiz Mansor  atau mesra dengan panggilan Nazmi Faiz Mansor. Beliau dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia skuad bawah 23 tahun (Skuad Harimau Muda). Beliau bermain di posisi Midfielder (tengah). Pada bulan November 2011, beliau berkorban menangguhkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan bakal menduduki peperiksaan tersebut tahun depan, ia kerana ingin membantu skuad bola sepak bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Sea ke 26 yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini.

Nazmi Faiz Mansor telah menaikkan namanya di perlawanan bola sepak Sukan Sea ke 26 ketika membantu skuad Malaysia menang 2-1 keatas Thailand, iaitu pada perlawanan kedua Malaysia di peringkat Kumpulan. Jurulatih Malaysia Ong Kim Swee telah memberi pujian kepada Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang menampilkan mutu permainan terbaik. Nazmi menjadi perhatian ramai apabila beliau memberi sepakan dunia dalam jarak 30 meter dan berjaya menjaringkanya dalam perlawanan sukan Olimpik London 2012 ketika Malaysia menentang Bahrain.

Nazmi juga seperti pemain-pemain bola sepak terkenal yang lain. Beliau turut tidak tertinggal dengan gosip-gosip percintaan. Terbaru, beliau di katakan sedang bercinta dengan seorang gadis yang khabanya juga datang dari ahli sukan juga. Gosip, tersebar apabila beliau memuatnaik gambar seorang gadis di laman facebooknya yang di kenali dengan nama Nadia Ismael. Namun, apa yang rakyat Malaysia harapkan, Nazmi akan memberikan perubahan besar dalam arena bola sepak negara, juga menjadi contoh yang baik untuk para belia di negara ini agar lebih meminati sukan bola sepak, terutama menyokong Negara sendiri, iaitu Malaysia. Berikut gambar yang di katakan kekasih Nazmi. - Blog Sukan
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 comments

  1. @Anonymous Bleh tahan la...

  2. Cantik gak..

Leave a Reply