Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) 2011

Bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24) buat pertama kalinya telah di anjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), berbanding sebelum ini ia dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Namun Finas tetap membantu dari segi kewangan. Berlangsung pada 20 November 2011 bermula 8.00 malam dan di siarkan secara langsung menerusi Astro Prima, FFM24 di khabarkan mendapat beberapa kritikan, termasuklah kisah penerbit Raja Azmi yang mempertikaikan kemenangan Jurey Latiff yang merupakan penganjur dan pengarah FFM24 dalam kategori Pengarah Harapan. Selain itu, kritikan terhadap Filem Libas yang memenangi Cerita asal terbaik sedangkan filem tersebut di katakan meniru filem luar negara. Begitu juga dengan persembahan lawak oleh Sabri Raja Lawak dikatakan menghina Zaiton Sameon. Namun, itu bukan cerita kami untuk entri ini, apa yang kami ingin bagitahu ialah keputsan dan senarai pemenang Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24). Berikut keputusanya.


Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-24 2011
 
Filem Box Office
KL Gangster – Skop Productions

Anugerah Gemilang Perdana Khas Juri
Pertama – Sidik Hussein
Kedua – Filem Libas
Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
Keempat – Filem Janin

Skor Muzik Asal Terbaik
Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pereka Kostum Terbaik
Rosada Abdul Hamid (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penyunting Terbaik
Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster)

Penataan Bunyi Terbaik
Hisham Jupri/Rizal Ashreff (KL Gangster)

Cerita Asal Terbaik
Martias Mohd Ali (Libas)

Lakon Layar Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Sinematografi Terbaik
Mohd Noor Mohd Kassim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Penataan Seni Terbaik
Anuar Paharudin/Kek Ting Lim (Hikayat Merong Mahawangsa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Faezah Elai (CUN)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shofi Jikan (KL Gangster)

Anugerah Khas Pencapaian Gemilang

Dato’ Michelle Yeoh

Filem Pilihan Penonton ASTRO
Kongsi (Metrowealth Pictures)

Pelakon Wanita Terbaik

Siti Shahreza a.k.a Eja (Janin)

Pelakon Lelaki Terbaik

Shaheizy Sam (Kongsi)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Tan Sri Dato’ Dr Jins Shamsuddin

Pengarah Terbaik
Syamsul Yusof (KL Gangster)

Filem Terbaik
Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios)
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply