Malaysia Negara Paling Teruk - NBC America Today

Chef Wan hari ini mengeluarkan kenyataan peribadi melalui laman Facebook beliau berkaitan isu kelayakan Chef Riz dan berkata ia sesuatu yang memalukan buat diri Chef Riz dan sebagai bapa, beliau agak kecewa. Namun, apa yang bertambah menarik, baru-baru ini, Chef Wan yang baru sahaja tamat bekerjasama dengan sebuah produksi dari stesen televisyen Amerika Syarikat, NBC untuk program Today. Krew produksi NBC berada di Malaysia untuk siaran secara langsung untuk mempromosikan Malaysia dalam program hangat Today selain merakamkan footage untuk dibawa pulang kelak. Menurut kenyataan Chef Wan, beberapa krew produksi NBC menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara paling teruk pernah mereka masuki untuk melakukan kerja kerja rakaman. Krew produksi NBC memberitahu yang bukan sahaja rakyat Malaysia seakan tidak peduli kehadiran mereka yang datang untuk mempromosikan Malaysia, tetapi ada juga pegawai yang tidak telus sehingga ada yang sanggup minta RM10,000 untuk satu sessi penggambaran di Sepilok, Sabah. Oleh kerana mengalami sistem birokrasi Malaysia yang begitu cemerlang, krew produksi NBC berkata mereka akan berfikir banyak kali untuk kembali ke Malaysia jika ada tugas memerlukan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply