Chef Riz Ubah Kelayakan Untuk Jadi Juri MAster Chef Malaysia ??

Mengikut laporan daripada The Malaysian Insider hari ini. Setelah siasatan dibuat, pihak The Malaysian Insider mendapati pengalaman bekerja yang ditulis pada profil Chef Riz di laman web Master Chef Malaysia adalah tidak benar. Menurut pihak Astro, profil yang di pertontonkan di laman web Masterchef Malaysia diberikan sendiri oleh Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan. Menurut laporan The Malaysian Insider, Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef disebuah restoran paling popular didunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau berumur 22 tahun. Namun setelah di hubungi pihak The Malaysian Insider, Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan. Namun, Chef Riz yang dihubungi pula tetap menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef disana selama setahun bermula Januari 2005 sehingga Disember 2005 ketika di hubungi. Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert. Namun ketika di hubungi pihak The Malaysian Insider, Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan berkata mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti didakwa dalam profile Chef Riz dalam website Master Chef Malaysia. Namun setelah di ketahui umum, pihak Astro telah mengubah di laman web Master Chef Malaysia yang Chef Riz hanya pernah menjadi pelatih di kedua dua buah restoran mewah tersebut. Berikut screenshot laman web Master Chef Malaysia sebelum dan selepas di ubah.

Sebelum Di Ubah
Selepas Di Ubah
Lagi Selepas Di Ubah (Lebih Jelas)
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply