
Selain Apex, nama lain yang disebut gadis-gadis adalah Irfan Fazail, Fandi Othman, Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Yong, Izzaq Ramlan, Mahali Jasuli dan Muslim. Khabarnya, ada diantara mereka yang diundi untuk menjadi calon suami. Bagaimanapun, dari semua nama tersebut, pemain berusia 17 tahun iaitu Nazmi Faiz ternyata menjadi perhatian kerana telah mencatat satu corak permainan yang bagus walaupun dia belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada mendapat perhatian, nama Nazmi tiba-tiba telah dikaitkan dengan gosip seperti mana yang pernah terjadi kepada Apex iaitu dikaitkan dengan seorang artis cantik lagi popular. Mengimbas kembali gosip itu, sewaktu tamat perlawanan Piala Suzuki yang lalu, Apex telah dikaitkan dengan Nora Danish. Manakala Nazmi pula ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan pelakon cantik Neelofa.
Terkesima kami mendengarnya, apatah lagi nama Neelofa dikaitkan dengan Nazmi. Seakan sama dengan kes Apex yang telah dikaitkan kerana sebaran laman sosial twitter, Nazmi juga tidak jauh bezanya. Kami masih belum mengetahui puncanya, Tapi menerusi laman sosial Facebook telah menyebarkan gossip bahawa Nazmi ada keluar bersama Neelofa.
Entah bila dan di mana itu masih kurang pasti. Tapi lebih hebat lagi, apabila dikhabarkan bahawa Nazmi dikatakan adalah buah hati Neelofa. Sungguhpun perkara ini telah tersebar dengan meluas, tapi kami rasakan ia sekadar gosip. Apatah lagi Nazmi masih lagi bersekolah (dan khabarnya sudah berpunya) dan Neelofa juga masih menuntut di sebuah kolej. Pun begitu, hanya Neelofa dan Nazmi saja yang boleh memberikan jawapan yang pasti.
0 comments