Adik Khairul Fahmi @ Apek Meninggal Dunia Akibat Demam Denggi

 
Takziah kami ucapkan kepada Khairul Fahmi dan keluarganya atas pemergian adik yang tercinta, Mohd Amirul Izzat 16 tahun kira-kira jam 11.15 pagi tadi. Punca kematian Allahyarham adalah kerana demam denggi. Allahyarham meninggal dunia selepas 5 hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM. Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.
"Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai. - kata Khairul Fahmi
Takziah sekali lagi kepada Khairul Fami dan keluarga atas pemergin insan tercinta. Al-Fatihah...
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply