"Saya tidak mahu lagi dikatakan remaja bermasalah, saya tak mahu buat perkara-perkara yang akan menjejaskan imej saya.
"Ya, saya mengakui mungkin tindakan saya dulu satu kesilapan kerana terlalu mengikut rakan-rakan dan meniru-niru gaya artis luar," katanya ketika ditemui pada satu sidang media pelancaran drama Klik, baru-baru ini.
Sebelum ini, Erin pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku bertindik lidah dalam sebuah rancangan hiburan.
"Saya mengaku apa yang saya buat itu salah dan saya tidak nafikan bahawa saya buat itu semua kerana rasa ingin tahu sebagai seorang ramaja.Dalam pada itu, Erin yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata dia akan menumpukan perhatian kepada bidang lakonan sepenuhnya pada tahun depan.
"Tapi bila kontroversi berlaku, hidup saya sangat tidak senang. Sebagai remaja saya mengakui saya sukar untuk mengawal keadaan berhadapan dengan masalah.
"Saya lebih suka duduk bersendirian dan tidak pulang ke rumah. Oleh itu saya berazam tidak mahu terlibat atau menimbulkan perkara-perkara sebegitu lagi," katanya.
"Saya berehat sepanjang tahun ini dan menolak banyak tawaran berlakon kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.Ditanya tentang perancangan hidup, Erin berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang pengarahan filem.
"Selepas habis kertas terakhir pada minggu depan, saya ingin fokus pada kerja pula," katanya yang bakal membintangi drama Aishiteru yang bakal ditayangkan di TV9.
"Impian saya untuk belajar dalam bidang pengarahan di luar negara. Tapi saya mahu belajar dengan duit hasil titik peluh saya sendiri," katanya.
0 comments