Man Raja Lawak Punca Kumpulan R2 Berpecah

Penghujung Disember ini, program Maharaja Lawak Mega (MLM) bakal melabuhkan tirainya. Bagaimanapun, sehingga kini masih ramai yang belum boleh membuat ramalan tepat mengenai pilihan peserta yang bakal berada di pentas akhir MLM. Apapun, selepas MLM berakhir nanti, program Raja Lawak 6 (RL6) bakal menjelma untuk terus menghiburkan pelanggan setia Astro Warna (saluran 132) yang terkandung dalam pakej Astro Mustika. asda

Namun bukan itu yang ingin di ceritakan, kami ada khabar berita lebih  panas dari itu, khabarnya bintang Raja Lawak Musim kelima iaitu kumpulan R2 yang dikhabar sudah pun berpecah. Menurut sumber, R2 yang dianggotai pasangan adik-beradik iaitu Rahim dan Ridzuan tidak lagi bersatu walaupun mereka tinggal sebumbung. Media diberitahu lagi, kes yang terjadi kepada kumpulan R2 ini mirip dengan kes kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul tidak lama dulu.


Walaupun masih lagi belum menerima kata putus daripada Rahim ataupun Ridzuan, kami difahamkan punca R2 berpecah datang dari juara RL6 iaitu Man. Khabarnya, Man telah meracuni fikiran Rahim dan sering mengajak Rahim untuk bergandingan dalam mana-mana persembahan. Memandangkan Man adalah juara dan banyak menerima jemputan hiburan berbanding R2, Rahim telah pun bersetuju dan selalu berganding dengan Man.

Khabarnya juga, Rahim dan Man sudah pun mempunyai nama kumpulan sendiri. Walaupun begitu, nama kumpulan itu masih belum boleh diberitahu lagi kerana banyak kali mereka menukar gelaran baru untuk bersama. Persoalanya, apa jadi dengan Ridzuan? Takkan dia dibiarkan begitu saja. Takkan Rahim ingin membiarkan adiknya begitu sahaja???
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 comments

Leave a Reply