Fazura, atau nama sebenar Nur Fazura Sharifudin, 27, pernah di sensasikan dengan pelbagai kontroversi. Terbaru, beliau di katakan sedang menerima rawatan, berikutan silikon pada payudaranya pecah. Beliau di katakan mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pada Mac 2011 yang lalu, atas komplikasi yang dihadapi. Kerana ingin mengetahui kisah sebenar, pihak media sempat menemuinya ketika beliau sedang memperomosi satu jenama produk wangian terkenal. Beliau, dengan tegas menafikan berita tersebut, dan beliau merasakan, gosip tersebut, tentu datangnya dari individu yang mencemburui dirinya. Buat masa ini, beliau di katakan tidak akan mengambil sebarang tindakan. Malah beliau memaafkan pihak yang menfitnah dirinya. Berikut penjelasan beliau ketika di temui.
“Ia cerita bodoh tidak masuk akal,”
"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik,"
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal,"
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments