Erma Fatima & Tahajud Cinta


Tahajud Cintayang bakal di siarkan di TV3 dalam Slot Zehra pada 8 Julai 2011 nanti Setiap Jumaat 9.00 mlm. Ketika pihak media mengunjungi beliau (Erma Fatima) di Rumah Gapena, Kuala Lumpur. Beliau amat tekun meneliti lakonan setiap pelakonnya menerusi sebuah monitor kecil. Sesekali dia memberi arahan supaya babak yang membabitkan Fazura, Norish Karman, Zack Taipan dan Anne Abdullah itu diulang beberapa kali sehingga benar-benar memuaskan hatinya.

Selesai babak itu, Beliau dan semua kru serta pelakon terbabit bergegas pula ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat bagi menyiapkan babak berikutnya. Selepas itu, mereka kembali semula ke Rumah Gapena bagi menyelesaikan baki babak penggambaran. Ini kerana mereka hanya diberi kelonggaran menggunakan ruang Mahkamah Rendah itu selepas waktu pejabat.

Begitulah rutin kesibukan yang dilalui kru produksi drama 13 episod Tahajud Cinta yang bakal menemui anda menerusi slot Zehra, TV3, bermula 8 Julai nanti. Kata Beliau, Tahajud Cinta dihasilkan untuk memaparkan perjuangan kaum wanita serta menyemarakkan semangat diri mereka.
“Ramai wanita teraniaya di luar sana. Saya tengok dalam akhbar banyak kes mengenai wanita sebegini dipaparkan. Pada masa sama, saya tengok golongan lelaki pula selalu guna agama untuk menindas wanita. Jadi, Tahajud Cinta dihasilkan dengan matlamat memberitahu wanita mengenai hak mereka. Usahlah diragut hak mereka.

“Menariknya drama ini menampilkan pelakon yang hebat-hebat. Saya nak buat sesuatu yang lain supaya penonton tertarik nak tengok. Alhamdulillah saya dapat satu bajet yang membolehkan penonton drama lihat pelakon popular dan hebat-hebat dalam sebuah drama.

“Terima kasih juga buat TV3 kerana beri peluang saya tonjolkan ramai sekali pelakon handalan dalam drama ini. Mereka termasuklah Remy Ishak, Fazura, Fouziah Gous, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Melisa Saila, Ziela Jalil, Erma Fatima, Dira Abu Zahar, Ahmad Tarmimi Siregar, Fadilah Mansor, Haryanto dan Azizah Mahzan,” kata Erma.
"Sebenarnya drama ini tiada hero dan heroin kerana pada saya setiap orang ada peranan tersendiri. Mereka bersatu menghidupkan watak dalam drama ini supaya benar-benar berkesan.

“Terus terang bagi saya, set lokasi saya bukannya sekolah untuk mengajar pelakon baru. Saya tidak suka buang masa. Saya perlukan mereka yang sudah tahu apa yang produksi kehendaki. Namun bukan senang nak dapat pelakon top yang bagus. Mereka sudah ditempah oleh banyak produksi. Jadi saya kena ikut jadual mereka dan perlu bekerja dengan pantas.

“Tapi kalau dapat, hasilnya memang baik. Boleh dikatakan hampir 20 pelakon popular berlakon dalam Tahajud Cinta dan rasanya belum pernah ada drama yang tampilkan jumlah pelakon popular sebesar ini. Saya tak berani nak rumuskan drama ini akan cetus fenomena tapi berharap penonton akan menonton bukan sebab nama pelakon semata-mata tapi mesej tersirat.

“Drama ini khusus untuk wanita. Ia bukan nak memperlekehkan lelaki tapi kena ada kesedaran di kedua-dua belah pihak untuk mencari jalan terbaik terhadap setiap masalah. Masing-masing ada hak. Apatah lagi syurga si isteri itu di bawah tapak kaki suami,” jelas Erma lagi.
Menurut Erma, tiada kesukaran besar yang dilalui sepanjang penggambaran kecuali pertembungan jadual artis seperti yang disebutkan tadi. Namun penggambaran yang biasanya mengambil masa 35 hari terpaksa dilanjutkan sehingga 49 hari kerana banyak babak yang membabitkan elemen pencahayaan terpaksa dibuat dengan teliti.

“Saya bekerja dengan satu pasukan yang sangat komited terutamanya dengan ‘props’. Jadi, ‘props’ yang cantik ini sayang kalau kita tak manfaatkan dengan sebaik mungkin. Kelewatan juga berlaku kerana penggunaan kamera Definisi Tinggi (HD). Jika kamera biasa, kami dapat habiskan 13 hingga 14 babak sehari tapi sekarang kurang dari 10 babak sehari.
“Saya tak kisah dengan perkara ini kerana mahu buat yang terbaik menerusi Tahajud Cinta. Hasilnya diharap dapat beri kepuasan kepada saya dan lebih penting, penonton,” katanya.
Tambah Erma, banyak kelainan dapat disaksikan dalam drama berkonsep semi Islamik ini. Selalunya jarang penonton melihat pelakon mengaji al-Quran dan mengeluarkan firman Allah SWT secara halus namun dalam Tahajud Cinta, dia mengeksploitasi sebaik-baiknya kemampuan Eman Manan membaca al-Quran.
“Saya nak paparkan kemampuan artis kita membaca surah al-Quran dengan baik. Saya harap nanti jangan pula watak Eman mencetuskan kontroversi. Dia sebagai Ustaz Syauki memang betul dari segi pendirian agamanya tapi dia sendiri tidak boleh kawal nafsu,” katanya.





Info:

Drama: Tahajud Cinta
Genre: Semi Islamik
Terbitan: Rumah Karya Citra
Pengarah: Erma Fatima
Penolong Pengarah: Amalina Asmidah
Jurukamera: Asrar Lukmanal Hakim
Penolong Jurukamera: Ahmad Muhamin, Noor Syaifully Rahmat
Konti: Noor Azura Norman
Pengarah Seni: Ahmad Fadhli Asmi
Wardrobe: Rohaya Abdullah, Noor Hidayah Murni, Siti Noraisyah Rahman, Azwan Shah Ariffin, Noorrelia Laileyazhar, Muhammad Hazami
Peralatan: Asama Supramaniam, Azura Ahmad
Pencahayaan: Norhisyam Awang, Razdi Mohammad Sarip
Pengurus Produksi: Aziah Azmi
Penolong Pengurus Produksi: Sarif Huddin Abdul
Pekerja Seni: Denny Justin, Mark Ronnald Malajim
Pereka Set: Yaya Ma’embong
Grip: Rsharin Irwan
Pelakon: Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (Ustaz
Syauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteri
pertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply