Menurut Jehan, program dengan kerjasama Astro Hitz dan Organisasi Pelancongan Korea itu bertujuan mencari bakat-bakat terpendam dalam bidang tarian dan nyanyian yang sedang menjadi satu fenomena di Malaysia.
"Program ini lain daripada program realiti yang biasa. Kita membuat satu formula baru yang mana mencampurkan format realiti, MTV dan pengembaraan.Program ini juga menawarkan hadiah utama pakej empat hari, tiga malam percutian ke Korea yang dibiayai penuh dan berpeluang membuat persembahan secara langsung di Lotte World Theme Park, Korea.
"Melalui episod pertama hingga kelima kita adakan pencarian dan pertandingan, manakala episod keenam merupakan final dan episod ketujuh merupakan episod siri penjelajahan pemenang yang bakal dibawa ke Korea," ujarnya pada sidang media Pelancaran K-Pop Hitz Talent Show, di sini, Selasa.
Dalam pada itu, kata Jehan, idea menerbitkan program tersebut tercetus apabila melihat trend dan penerimaan masyarakat yang luar biasa terhadap aliran muzik dari negara Korea ini.
"Kita lihat terlalu ramai yang meminati kumpulan-kumpulan dari negara Korea. Oleh itu kita memberi peluang kepada mereka untuk merealisasi impian tersebut.Sementara itu, bagi peminat setia K-pop boleh mendaftar bagi sesi uji bakat melalui www.facebook.com/astrohitz atau terus ke beberapa lokasi uji bakat yang akan diadakan di tempat-tempat berikut:
"Saya sendiri mengaku meminati filem, drama dan muzik dari negara tersebut. Malah bukan ketika kemunculan bintang-bintang K-pop tetapi sejak dahulu lagi," katanya.
Ketika ditanya, adakah pengaruh muzik dan budaya asing ini boleh memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air, Katanya, K-pop hanya sekadar muzik yang mewarnai industri hiburan tanah air semata-mata.
"Kedatangan K-pop dalam industri hiburan Malaysia adalah untuk menambah bilangan muzik di negara ini, ia tidak mengurangkan atau menjejaskan industri kita.
"Ia seperti kehadiran genre muzik hip hop suatu masa dahulu yang pada mulanya ditentang masyarakat kerana bertentangan budaya tapi lama kelamaan ia turut diterima dan diserapkan mengikut budaya kita," katanya.
- 18 Jun di Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.-Sumber MStar
- 25 Jun di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
- 2 Julai di The Curve, Damansara, Selangor.
- 4 Julai di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.
Note: Tahniah Jehan semoga semakin sucsess dalam bidang yang di ceburi!
0 comments