Kak Ita Jatuh Tangga, Abang Shahir Tak Datang Melawat Ke ?

Baru dok baca Mstar tadi, sumber informasi mereka memberitahu, Rozita Che Wan jatuh tangga semasa pulang penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Abangnya terpaksa mendukung beliau kerana beliau tidak boleh begerak, untuk di bawa ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Kalau Abang Shahir ada mesti dia dukung (alasan, darurat tak haramkan?? hehe) Kata Kak Ita disebabkan kejadian tersebut ligamen kakinya itu koyak menyebabkan dia tidak boleh bergerak dan terpaksa berehat seminggu daripada sebarang penggambaran drama. Jadi penggambaran drama khas Hari Raya yang beliau bintangi antaranya Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung terpaksalah di tangguhkan. Abang Shahir tak datang jenguk ke? hehe.. Berikut penjelasan Kak Ita.

"Saya baru sahaja pulang daripda penggambaran terakhir drama Annissa dalam pukul 9 malam pada Rabu lepas. Masa menaiki tangga, saya tergelincir menyebabkan saya terjatuh.
"Pada awalnya saya fikir hanya jatuh biasa tapi ketika hendak tidur kaki mula sakit yang teramat sangat,"
"Semasa hendak mendapatkan rawatan itu, kaki saya terlalu sakit dan saya tak boleh berjalan. Saya terpaksa didukung oleh abang saya untuk ke kereta sebelum dibawa ke hospital.
"Semasa doktor buat pemeriksaan x-ray dia hanya mendapati ligamen kaki saya hanya terkoyak. Nasib baik ia tak patah,"
"Doktor kata ia tidak teruk tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh.
"Saya terpaksa membatalkan beberapa sesi fotografi dengan beberapa majalah dan tangguhkan beberapa penggambaran drama dalam masa seminggu ini,"
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply