Penjelasan Faizal Tahir Mengenai Isu Video Karma Beliau

Ingat lagi tak dengan entri Video Faizal Tahir Jadi Bualan Hangat di blog opssmedia nie?? Huh.. ramai juga yang membacanya. Kami adalah terbaca, penjelasan beliau dengan wartawan hip baru-baru ini, mengenai isu tersebut. Beliau dengan sepenuh hati mempertahankan video tersebut. Berikut ulasan beliau.

Hip: Ramai yang mendakwa klip video Karma mempunyai membawa mesej kurang baik dan mengelirukan penonton. Komen Faizal.
Faizal:
Idea menghasilkan video muzik Karma ini muncul selepas berbincang dengan Audi Mok. Kami bersetuju dengan konsepnya kerana ia jelas memaparkan makna karma itu sendiri. Memang ramai menghubungi saya mengatakan video muzik itu mengelirukan kerana ia bukan menjelaskan mengenai karma tetapi lebih kepada dendam. Bagi saya, apa yang disiarkan menerusi klip video itu tiada apa yang mengelirukan. Malah mesej disampaikan pun jelas iaitu buat jahat di balas jahat. Di penghujung cerita, saya turut paparkan babak anak yang membunuh bapa kandungnya itu dibawa ke muka pengadilan dan bukannya dia terlepas begitu saja. Apa yang saya maksudkan mengenai karma adalah hukuman Tuhan ke atas hambaNya yang melakukan dosa besar. Memang benar, karma adalah hukuman Tuhan kepada manusia, bukannya manusia kepada manusia. Namun harus diingat, hukuman yang diterima oleh pelakon berkenaan dalam video muzik itu datang daripada Tuhan. Cuma Tuhan menyalurkan hukumannya itu menerusi manusia iaitu watak gadis yang dilakonkan Iqa Mentor.
Hip: Apakah muzik video ini sengaja dibuat begitu supaya mencetuskan kontroversi sekali gus popular sekelip mata?
Faizal:
Saya tidak berniat begitu dan sewaktu pembikinannya, saya tidak menyangka video muzik ini menerima maklum balas negatif dan mencetuskan kontroversi. Bagi saya, setiap kali menghasilkan video muzik, saya akan pastikan ia bukan dibuat ala kadar dan tiada jalan cerita. Disebabkan itulah muzik video itu digarap sedemikian rupa. Isu sebenarnya adalah sejauh manakah keterbukaan penonton dalam memahami video ini. Mereka sepatutnya membuka minda supaya melihat video muzik ini dengan lebih meluas.

Sistem bunyi APM teruk

Hip: Adakah komen negatif seperti ini akan menyekat kreativiti Faizal berkarya pada masa akan datang?
Faizal:
Saya berterima kasih kerana membangkitkan isu ini. Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penjelasan kepada peminat yang keliru dengan video muzik itu. Ia tidak akan menghalang saya menghasilkan video muzik berkualiti dan ada mesej kuat. Kalau anda perasan, saya jarang menghasilkan lagu cinta yang ringan serta video muzik menggambarkan pasangan kekasih berpegangan tangan. Saya tidak akan buat sebegitu. Muzik saya diibaratkan seperti mesej dan sudah tentu ia perlu disertakan dengan video yang mantap untuk menguatkan mesej itu.

Hip: Ketika Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura pada 15 Julai lalu, Faizal dilihat tidak bersedia ketika mahu mengambil hadiah. Nyanyian Faizal juga dikatakan sumbang terutama ketika menyampaikan lagu Selamat Malam. Boleh jelaskan?
Faizal:
Terus terang saya katakan, itu semua salah produksi. Bayangkan tiada siapa yang memberi panduan kepada saya walaupun pengurus pentas mengenai perjalanan acara itu. Bayangkan ketika nama saya diumumkan, saya memang tak perasan sehinggalah terdengar lagu saya dimainkan di atas pentas untuk masa yang lama. Rupa-rupanya nama saya diumumkan sebagai pemenang. Perkara itu berlaku kerana kedudukan bilik menunggu dan pentas utama cukup jauh sehingga saya terpaksa berlari untuk naik ke pentas. Saya bertanya kepada Linda Onn yang menjadi penyampai waktu itu berkenaan kategori apa yang saya menang kerana saya sendiri tidak pasti disebabkan saya dicalonkan untuk tiga kategori. Mengenai nyanyian sumbang, saya akui perkara itu. Tapi itu semua disebabkan sistem bunyi yang teruk. Monitor di atas pentas tidak berfungsi dengan baik, begitu juga monitor di telinga saya. Sudahlah waktu latihan, apa yang saya mahukan, tidak dipenuhi. Saya akui, persembahan malam itu adalah yang paling hancur dalam sejarah kerjaya seni saya.

Hip: Masih berminat jika diundang untuk menjayakan persembahan malam kemuncak APM pada masa akan datang?
Faizal:
Jika mereka masih tidak berubah dan tidak profesional dalam penganjuran, saya rasa ini adalah kali terakhir saya menyertai APM. Cukuplah dengan pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini. Saya tak mahu kejadian yang sama berulang kembali kerana tak mahu nama dan karier saya terjejas disebabkan sikap tidak profesional orang lain.
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply