Ana Raffali Nafi Berkahwin Akhir Tahun 2011

Baru-baru ini, Ana Raffali di katakan akan menamatkan zaman solonya pada penghujug 2011 ini. Namun, apabila di temui, beliau menafikan perkara tersebut dan mengaku yang beliau telah mempunyai kekasih. Tambahnya lagi, hasrat untuk mendirikan rumah tangga itu masih belum di fikirkan lagi. Beliau juga berkata, akan beraya di rumah kekasihnya pada hari raya tidak lama lagi. Ketika di tanya mengenai perbezaan beraya sebagai artis, beliau menyifatkan beraya sebagai artis adalah pengalaman menarik buatnya dan keluarga. Beliau juga katanya, sering dengan penduduk disekitar rumahnya, malah beliau juga merancang akan menyanyi dan membuat majlis sambutan Aidilfitri di awasan perumahanya. Berikut sedikit ulasan beliau.
"Tidak adil untuk diri saya dan keluarga sekiranya saya berkahwin pada tahun ini. Saya masih ada tanggungjawab untuk membina dan membantu keluarga saya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang diri saya sendiri.
"Banyak lagi perkara yang masih belum selesai dan banyak lagi tanggungan yang perlu saya buat untuk keluarga, kalau boleh saya mahu mereka lega dan memberi kepuasan serta kasih sayang yang cukup buat mereka,"
"Mana-mana perempuan yang mempunyai kekasih, teman hidup dan kawan rapat akan melawat rumah mereka pada hari raya, begitu juga dengan saya. Memandang kampungnya (kekasih) jauh di Kelantan, maka saya hanya akan menziarahi rumah keluarganya di Kuala Lumpur sahaja,"
"Tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sahaja, dan mungkin tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya kerana tahun ini saya sudah berjanji akan menghiburkan jiran tertangga.
"Saya memang agak rapat dengan komuniti penduduk di Lembah Keramat ini, jadi untuk kawasan rumah saya iaitu jalan 8, 10 dan 11, kami dah merancang untuk mengadakan satu majlis menyambut syawal dan pada hari itu saya akan membuat persembahan untuk mereka tanpa sebarang bayaran.
"Tahun ini juga bermakna buat saya, kerana adik saya yang dahulunya belajar di Mascow telah pulang ke Malaysia, dan kami juga dapat beraya setelah enam tahun tidak bersamanya,"
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply