Chef Wan Kritik Serina Jaga Anak

Sia tak kenal dengan Chef Wan, selebriti memasak yang terkenal dengan mulut bechoknya. Hehe.. terbaru, sebuah media berkonsepkan masakan, telah menemubual Chef Wan atau nama sebenar Redzuawan Ismail yang mengkritik cara anak perempuan dan menantunya menjaga dan membesarkan cucu tunggalnya itu Tristan Tareef O'Luanaigh baru berumur 1 tahun. Beliau menyifatkan, anak dan menantunya kurang kemahiran dalam kerja-kerja keibubapaan, beliau juga sering meleteri anak perempuanya Serina dan menantunya itu, supaya memberi perhatin yang lebih kepada cucunya. Chef Wan, amat mengambil berat mengenai cucunya itu, malah sentiasa meluangkan masa bersama cucunya. Beliau sering membaca buku-buku masakan untuk bayi, bagi kepentingan cucunya. Beliau juga mengaku, akan menjejaskan sifat cucunya dengan cara, beliau membelikan 15 jenis mainan setiap hari kepada cucunya. Namun beliau lakukan semua itu kerana, amat menyayangi dan berikutan, itu adalah satu-satunya cucu beliau. Berikut ulasan Chef Wan ketika di temui.

"Saya rasa, cara saya menjaga cucu saya lebih baik dari anak dan menantu saya menjaganya"
"Saya akan sentiasa membuat Tristan gembira dengan cara memandikan beliau, bermain denganya dan memasakan bubur istimewa untuknya"
"Saya mengaku, saya sentiasa berleter dengan ibu bapa Tristan, suapaya mereka memberi lebih perhatian kepada Tristan"
"Saya inginkan, cucu saya mendapat makanan terbaik dengan nutrisi yang secukupnya"
"Saya tahu, saya telah menjejaskan sifat cucu saya dengan membelikannya 15 jenis mainan setiap hari"


Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply