Awi Rafael Insaf Setelah Kemalangan

Sejak penyanyi baru, Awi Rafael terlibat dalam kemalangan baru-baru ini, beliau khabarnya sentiasa bersyukur dan berjanji untuk memberi perhatian lebih kepada ibadat harianya. Beliau yakin, Allah masih menyayanginya dan memberikan beliau peluang untuk berubah ke jalan yang lebih baik dan tidak terus hanyut dengan populariti di dunia hiburan. Beliau juga, nampaknya semakin rajin mengerjakan Solat Sunat Terawih bersama rakan-rakanya sepanjang Ramadhan ini.Awi yang kemalanagan di Lebuhraya Persekutuan sekitar jam 5 petang hari Rabu 3 Ogos 2011 lalu, menceritakan keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ, turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya. Walaupun ibunya telah berpisah dengan bapanya, beliau tetap menyayangi kedua ibu bapanya. Ibunya kini menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia.

“Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat.
“Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat,”
“Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok.
“Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap.
“Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman,”
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply