Iqa Mentor 5 Ingin Buat Studio Mini Di Rumah

Iqa atau nama sebenar, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor, 25,yang memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti Mentor 5 anjuran TV 3, kini di katakan semakin popular apabila beliau di ambil sebagai artis rakaman KRU Studio. Beliau yang berasal dari Ampang, yang pernah muncul dalam video klip Faizal Tahir bertajuk Karma, kini di katakan sedang merakamkan single terbarunya bersama KRU Studio. Beliau juga khabarnya belum bersedia untuk membuat sebarang video klip sendiri. Beliau juga amat berharap dapat membuka mini studio di rumah beliau, dengan menggunakan duit hasil kemenanganya di tempat ketiga Mentor 5 itu. Sepanjang bergelar artis, beliau tidak menafikan banyak mendapat undangan dari syarikat televisyen dan individu-individu lain dalam membuat persembahan. Beliau juga dalam perancangan untuk membuat album pertamanya selepas single terbarunya itu berada di pasaran. Tambah beliau, beliau masih belum berpunya, kerana ingin menumpukan pada kerjaya, malah Ramadhan ini, beliausambut seorang diri dan cuma sekali-sekala mengunjungi ibunya untuk merasakan masakan ibunya yang tercinta. Berikut ulasan beliau ketika di temui rakan media, Oh Bulan serta gambar beliau.
“Saya merancang untuk membeli gitar baru dan membuka studio di rumah dengan menggunakan duit yang saya menang.”
“Saya masih belum bersedia untuk membuat video klip sendiri lagi”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply