Gambar Noraniza Idris dan Bakal Suami

Sebelum ini, kami ada memberitahu anda gosip daripada murai, mengatakan Noraniza Idris, 43, akan bernikah untuk kali ketiga lepas Hari Raya Aidilfitri ini. Akhirnya terjawab juga kesahihan gosip tersebut. Beliau akan bernikah di salah sebuah masjid di Singapura tempat asal bakal suaminya itu, iaitu Jeffri Iman, 52. Majlis resepsi mereka khabarnya, di jayakan usahasama syarikat beliau Noraniza Idris Production Ventures dan Belia 4B Negeri Johor dalam projek Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1 Malaysia yang akan diadakan di tapak letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru  pada 29 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Malah, banyak juga pihak bekerjasama dalam Majlis Resepsinya antaranya Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negara Negeri Johor, Tourism Malaysia dan banyak lagi. Manakala tarikh pernikahanya belum di tetapkan, namun katanya sebelum 29 September 2011, supaya dia dan bakal suaminya itu dapat bersanding setelah bergelar suami isteri. Untuk makluman anda juga, mereka ini telah pun bertunang pada 22 April 2011. Sungguh tidak sangka, kami tidak mengetahui berita pertunangan mereka ini. Bekas isteri Fareez Tajuddin ini, pernah berkahwin dengan orang kenamaan, namun jodoh tidak berpanjangan. Beliau sekarang mempunyai  2 orang anak bersama suami pertamanya Fareez Tajuddin, iaitu Mohd. Aliff Haikal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haikal, 17. Berikut, lagi gambar beliau dan bakal suaminya.
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply