Danny X-Factor Bernikah 16 September 2011

Ramai sungguh artis yang bernikah di bulan Semptember tahun ini. Kira bulan September ini adalah bulan wedding of the year lah yer??? hehe.. Ok, kali ini, Danny X-Factor, 31, pula di laporkan akan bernikah dengan tunangnya Saidatul Fazlin Zakaria, 25. Untuk pengetahuan anda, mereka telah bertunang pada 20 Mac 2011 lalu di Kampung Tersusun Tronoh Mines, Kampar yang merupakan kampung kediaman keluarga tunang Danny yang pernah bekerja sebagai pramugari Air Asia. Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa menyatakan kepada media, yang beliau akan  bernikah pada 16 Sempember 2011 ini dan majlis tersebut akan berlangsung secara sederhana di kampung tunangnya itu di Kampar Perak. Manakala Majlis sambut menantu di Pasir Mas, Kelantan pula di adakan selepas 2 minggu majlis pernikahanya berlangsung dan Majlis Resepsi rasminya di adakan pada awal Oktober 2011 ini. Untuk makluman juga, kini, Danny dan rakan-rakanya Shah,33 dan Zach,34 kembali aktif dalam kumpulan X-Factor dengan single baru mereka berjudul Aura Membara ciptaan Kozac. Berikut antara ulasan Danny semasa di temui dan sedikit video promo single terbaru X-Factor.


"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan,"


 
X-Factor Ketika Ulangtahun Bintang Kecil Ke-3
 
 
Note:
Boleh tahan, masih hot lagi lagu mereka nie.
Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply