Hubungan Salena Gomez & Justin Bieber Berakhir

Sebelum ini, pelbagai gosip mengatakan pasangan bercinta yang hangat ini telah berakhir. Namun, kini ianya bukan gosip tetapi ianya adalah reliti. Teman rapat Justin Bieber sendiri telah mengesahkan berakhirnya hubungan pasangan tersebut kepada akhbar Daily Star baru-baru ini. Tambah rakan Justin, ia berikutan Selena Gomez, 19, merasakan pasanganya Justin Bieber, 17, tidak cukup matang dan berperangai kebudak-budakan dalam menjalani hubungan percintaan yang lebih serius. Ada juga pihak membuat spekulasi bahawa perpisahan pasangan tersebut kerana Selena Gomez melihat artis Shia La Beouf, 25 sebagai calon sesuai untuk menjadi kekasihnya yang lebih serius dan ada juga mengatakan ianya berlaku kerana Selena Gomez mendapat tahu Justin pernah menghantar mesej kepada bekas kekasihnya iaitu Jasmine Villegas. Berikut antara cerita rakan Justin Biber yang ingin dikenali sebagai Metro, ketika ditemu media antarabangsa kelmarin.
"Hubungan cinta mereka (Gomez dan Bieber) yang sensasi itu sudah berakhir. Apa yang Selena mahukan hanya berkawan.
"Dia merasakan Justin tidak cukup matang untuk melayari hubungan yang lebih serius dan stabil untuk tempoh jangka panjang.
"Dia kini mencari lelaki yang lebih berusia, berpengetahuan dan berpengalaman,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply