Kumpulan Sepah Telah Berpecah

Tinggal kenangan, Kumpulan Sepah akan berpecah
Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran. Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008. Ketika itu, memang heboh diperkatakan tentang kumpulan ini yang berdepan dengan masalah disiplin sehingga menyukarkan ramai pihak untuk mendapatkan mereka. Namun, cerita itu terus senyap dan ia kembali timbul apabila salah seorang anggotanya, Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep memberitahu Sepah hampir berpecah sewaktu menyertai Maharaja Lawak, baru-baru ini. Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini. Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut. Berikut antara ulasan mereka.

Ulasan Jep Sepah
“Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi. 
“Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa,”
“Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan.
“Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.
“Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka.
“Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi,”
Ulasan Shuib Sepah
“Memang saya mengaku, ada kala sukar bagi kami bertiga bersatu kerana pelbagai faktor antaranya lokasi kami sendiri.
“Tetapi, antara kami, masing-masing saling menyokong demi kebaikan bersama,”
Kumpulan Sepah ketika menjuarai Raja Lawak Musim ke-3
Kumpulan Sepah ketika menjuarai Maharaja Lawak Musim Pertama pada Jun 2011 lalu
Profile Ahli Kumpulan Sepah
Nama penuh: Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin
Panggilan: Jep
Umur: 26 tahun
Asal: Kulai, Johor
Nama penuh: Shahmira Bin Muhamad
Panggilan: Shuib
Umur: 27 tahun
Asal: Johor
Nama penuh: Mohd Noor Bin Murad
Panggilan: Mamat
Umur: 26 tahun
Asal: Kulai, Johor
Tags: , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply