Nabila Huda Tuntut Cerai Di JAWI

Selepas kes penceraian Joey kini, kami di laporkan pula di dalam Harian Metro, bahawa, artis terkenal yang juga merupakan anak kepada bintang rock Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi telah memohon cerai ke atas suaminya di Pejabat Kadi. Nabila Huda atau senang di panggil Abil, di katakan memohon cerai ke atas suaminya Zaidy Zailani, 30. Beliau di temui oleh pihak media di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam. Bagaimanapun, niatnya itu terbantut kerana tidak membawa Sijil Nikah dan dokumen-dokumen yang di perlukan oleh pihak JAWI. Ketika di temui, beliau menyatakan yang tuntutan cerai ini adalah jalan yang terbaik, untuk menyelesaikan permasalahan rumah tangga yang dibinanya bersama suami sejak tiga tahun lalu walaupun beliau tahu, suaminya adalah seorang suami yang baik. Tambahnya lagi, masalah rumah tangganya itu telah berlarutan sejak dua tahun sebelum beliau di sahkan hamil lagi. Berikut antara cerita beliau ketika di temui.
“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.
“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,”
“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.
"Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua."
Tags: , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply