Kelmarin, Farid Kamil ada membuat laporan kepada pihak polis berikutan beliau yang telah di ugut sebanyak 8 kali melalui telefon oleh seseorang yang tidak dikenali dan menyuruh Farid Kamil untuk segera tinggalkan kekasihnya, Diana Danielle. Laporan kepada pihak polis di buat, kerana bimbang atas keselamatan diri, keluarga dan Diana Danielle. Terbaru, Farid Kamil ketika di ambil keterangan memberitahu, beliau mengesyaki beberapa individu yang terlibat dalam ugutan tersebut. Tamabahnya lagi, individu yang mengugut beliau, pasti mengenalinya dan Diana Danielle secara peribadi. Beliau juga sekarang, amat berhati-hati, terutama, apabila berada di tempat yang mencurigakan. Berikut ulasan beliau kepada media, berikutan kes ugutan yang di terimanya.
"Saya ada mengesyaki beberapa orang yang berkemungkinan besar melakukan perkara tersebut, namun saya sudah serahkan segalanya kepada polis. Biarlah polis yang menyelesaikan perkara itu.
"Apa yang penting ialah keselamatan kami sekarang. Nasib juga dia beri amaran awal-awal dengan ugutan daripada terus menyerang kami,"
"Kalau dulu mungkin saya rasa selamat untuk ke mana-mana seorang diri, namun kini perlu lebih berhati-hati terutamanya di tempat-tempat terbuka dan tidak biasa.
"Tapi saya juga tidak mahu ambil serius perkara ini sehingga mampu membatasi pergerakan saya sebaliknya sekadar lebih berhati-hati,"
"Selepas lapan kali telefon bimbit saya berdering, saya fikir ia panggilan kecemasan kerana nombor tersebut juga tidak dikenali. Ada suara lelaki yang menyuruh agar saya jangan kurang ajar dan menjauhkan diri daripada Diana.
"Dia juga mengugut untuk mencederakan saya dan tahu di mana saya tinggal. Selepas kejadian tersebut saya telefon Diana dan menyuruh agar dia berhati-hati,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments