Fizz Fairuz & Almy Nadia Masih Mesra

Semalam, Berita Harian ada menemubual Fizz Fairuz, pelakon Nur Kasih The Movie. Baru-baru ini, beliau di’kaitkan dengan pelakon Drama TV popular Juvana, iaitu Izreen Azminda, dengan spontan beliau memberitahu, beliau masih bersama Almy Nadia, dan hubungan mereka masih mesra dan berjalan seperti biasa. Tambah beliau, beliau agak bosan dengan kontroversi yang tidak berasas, yang mengaitkan beliau sejak kebelakangan ini. Fizz juga, khabarnya mungkin akan berkahwin dengan Almy pada tahun depan, berikutan beliau mahu memberi kesempatan kepada Almyuntuk mencipta nama sebagai pelakon terlebih dahulu. Beliau juga, mengatakan perniagaan Restoran Nur Kasihnya di Pahang masih berjalan seperti biasa cuma beliau menyerahkan kepada keluarga untuk menguruskanya, ini kerana beliau serik dengan perniagaan melibatkan keluarga. Beliau kini masih merancang untuk membuka cawangan Restoran Nur Kasih di Mont Kiara pula, tidak lama lagi. Namun, menu masakannya, tetap berasaskan masakan kampung. Berikut ulasan beliau kepada media.
“Orang luar tidak tahu cerita sebenar, tetapi apabila ditokok tambah, lama-lama orang akan percaya. Kita tahu gosip tetap gosip dan selalunya gosip tidak betul. Tetapi peminat luar bandar tidak tahu. Mereka mudah termakan dengan cerita yang keluar di media masa.
“Memanglah saya boleh jelaskan, tetapi orang susah nak percaya. Terus terang, memang saya kurang selesa dengan semua kontroversi ini terutama apabila memikirkan perasaan emak. Walaupun cerita yang keluar selama ini sekadar gosip, emak akan tetap bertanya, betul atau sebaliknya.
“Selain itu, desas-desus macam ini buat saya rasa tak seronok nak dengar. Saya kasihan, kerana ia akan mengecewakan Almy. Pada waktu yang sama keluarga dia turut bising apabila timbul cerita mengenai hubungan kami yang dikatakan sudah berakhir,”
“Saya baru saja menghantar dia ke klinik semalam (26 Julai), malah setiap hari kami masih lagi berhubung. Jadi, bagaimana boleh timbul pula cerita mengatakan kami sudah tidak lagi berbaik?
“Saya juga pelik macam mana orang boleh mengaitkan saya dengan Izreen, sedangkan saya berlakon dengannya tujuh tahun yang lalu. Itu pun bukannya kami berlakon dalam babak yang sama. Seingat saya, kami bertembung dalam tiga atau empat babak saja.
“Dakwaan mengatakan Izreen menanggung saya memang tidak betul sama sekali. Kalau betul dia tanggung saya, baik saya berhenti berlakon. Saya masih mampu lagi berkerja, cari duit sendiri dan tak perlukan bantuan orang lain,”
“Mungkin tahun depan,” jawap Fizz buat kesekian kali, ringkas.
Sebenarnya, ujar jejaka ini, dia mahu memberikan ruang buat Almy untuk membina namanya terlebih dulu dalam bidang seni.
"Saya mahu dia lalui apa yang saya lalui sebelum ini, macam mana saya hanya berbelanja dengan berbekalkan duit RM10, serta bagaimana saya terpaksa berkongsi minyak kereta dengan kakak, ketika awal-awal menjadi pelakon.
“Saya tidaklah kata kehidupan saya selesa sekarang, tetapi saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi. Alhamdulillah, sekarang bolehlah juga saya bertapak dalam industri ini,”
“Saya bukan lagi pemiliknya, tetapi restoran itu kini masih lagi beroperasi dan diuruskan keluarga saya. Saya mengundur diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
“Selepas ini saya tidak mahu lagi menjalankan perniagaan bersama keluarga. Kalau boleh, pada masa depan saya lebih suka menguruskannya sendiri,”
Tags: , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply