Kami dengar khabar, Mila Jirin atau nama sebenar Norsyarmilla binti Jirin, 25, bekas pelajar Akademi Fantasia 5 nie, ingin menarik balik album kedua beliau, yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd. Keputusan di buat, berikutan beliau kecewa dengan edaran syarikat tersebut. Katanya juga, album tersebut telah di lancarkan sejak Februari 2010, namun tidak mendapat sambutan kerana promosinya yang kurang. Beliau juga katanya, sanggup membelanjakan wang untuk menjalankan prosess promosi albumnya itu. Beliau juga katanya, akan membincangkan perkara tersebut dengan syarikat Erama Record dalam masa terdekat bagi menyelesaikan proses peralihan tersebut secepat mungkin. Untuk makluman anda juga, Mila baru sahaja pulang dari Farrington, United Kingdom dan bakal menghabiskan rakaman 10 buah lagu berbahasa Inggeris untuk album terbaru beliau. Berikut ulasan anak kelahiran Pulau Pinang ini.
"Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula.
"Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut,"
"Saya tidak kisah keluarkan sedikit duit daripada membiarkan sahaja album tersebut di pasaran tanpa sebarang promosi,
"Ya sudah tentu banyak perkara yang akan dibuat semula terutamanya pembungkusan semula album tersebut dan edar semula ke pasaran,"
"Saya tiada masalah untuk ambil semula album berkenaan kerana saya belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pihak Erama.
"Saya akan duduk semeja dan membincangkan perkara ini secara baik,"
"Saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas merakamkan album Inggeris dengan s buah syarikat rakaman BGM Music,
"Single pertama berjudul “Breakdown” akan keluar selepas raya dan album tersebut juga akan dijual melalui I-Tunes di pasaran Eropah,"
About author
Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.
0 comments