Nabil & Nazirah Inginkan Konsep Wonderland

Semalam, rakan media Oh Bulan, sempat menemubual pasangan Nabil Raja Lawak, 28 dan Nazira Ayub, 2, ketika di temui di kedai Kad Lestari di Syeksyen 23, Shah Alam. Nabil di katakan akan bernikah dengan Nazira yang merupakan seorang bekas pramugari Air Asia pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam. Tambah Nabil dan Nazira, mereka inginkan konsep kartun, animasi dan wonderland yang bertemakan keseronokan dan ceria mersama para tetamu. Tetamu yang hadir juga di anggarkann 1500 orang itu, pasti memeriahkan suasana. Nabil juga menyatakan, kos anggaran RM 150,000 untuk majlis tersebut akan di adakan dengan penuh keserdahanaan. Tidak ketinggalan, beliau juga turut akan menjembut bekas kekasihnya Irma Hasmie. Berikut ulasan beliau ketka di temui. Kredit Oh Bulan!
“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,”
“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.
“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa dan borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,”
“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy dan ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum dan enjoy,”
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,”
“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya dan dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya dan dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,”

Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply