Raja Farah Kesal Di Fitnah Hamil Sebelum Kahwin

 Kesian kami dengan artis yang telah mula berubah menjadi muslimah nie. Kenapa?? Yelah dulu kan beliau pernah di gosipkan mengandung sebelum bernikah. Siapa punya angkara lah agaknya kan?? Raja Farah Raja Aziz atau Farah, beru-beru nie semasa di tanya perkara tersebut, beliau rasa sangan kecewa dengan fitnah tersebut, dan beliau menganggap ia adalah fitnah terbesar dalam hidupnya. Beliau juga rasanya pernah mencabar pihak yang menfitnah beliau keluar membuktikan apa yang di fitnahkan tu. Setelah kembali reda dengan fitnah tersebut, beliau dan suami Megat Bashirun Qayyum bin Datuk Zakaria yang berkahwin pada hujung tahun 2010 juga kembali bahagia. Namun, beliau masih berduka kerana belum di beri rezeki mendapat cahyamata. Tambah Farah, apa pun beliau tetap gembira kerana ini ialah Hari Raya pertamanya bersama suami tercinta. Berikut antara ulasan beliau ketika di tanya,

"Kami memang tidak membuat sebarang perancangan, bagi kami jika ada rezeki Alhamdulillah, tetapi nampaknya sehingga sekarang masih belum nampak apa-apa lagi.
"Saya redha biarpun hingga kini saya dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata, dan setakat ini masih belum terlalu tertekan kerana masing-masing masih muda. Kami masih berusaha, tetapi masih belum sampai ketahap berjumpa doktor.
"Secara jujurnya, saya masih kesal dengan apa yang difitnahkan keatas saya sewaktu kami mahu berkahwin dahulu. Ada yang kata saya sudah mengandung ketika itu, tetapi kesannya sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak.
"Memang sedih sebab saya teringin juga nak menimang anak, tetapi tuhan belum menurunkan rezeki anak buat saya dan suami,"
"Awal raya kami akan pulang ke kampung saya di Negeri Sembilan terlebih dahulu, dan kemudiaannya akan berangkat ke kampung suami di Kuantan untuk beraya dengan mertua disana.
"Ini pertama kali saya mengikutnya pulang ke kampung, jadi ini masa yang sesuai untuk kami berjalan-jalan dirumah keluarganya disana.
"Sepanjang ramadhan ini merupakan saat yang paling seronok buat saya, sebab ini kali pertama saya bergelar isteri dan banyak benda baik datang pada saya pada bulan ini.
"Saya berpeluang masak waktu berbuka dan bersahur, walaupun masakkan itu yang senang-senang sahaja, tetapi ia sangat menggembirakan hati kami,"
Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply