Ruminah Sidek di halau Saudara Dari Rumah Miliknya

Semalam, kmi ada terbaca di sebuah akhbar mengenai Pelakon Veteran iaitu Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65 yang di katakan telah di halau oleh saudaranya dari rumah hasil titik peluhnya di Meru, Klang. Apa yang sedih, rumah tersebut meninggalkan kenangan padanya dan arwah suami. Rumah yang didirikan di atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 itu terpaksa di kosongkan kerana salah seorang saudaranya mengarahkan beliau berbuat demikian. Namun, beliau bernasib baik , kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie telah mengambilnya sewaktu kejadian. Di fahamkan juga, Ruminah membuat rumah tersebut dengan pendapatannya menerusi wang lakonan filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Untuk pengetahuan anda, beliau bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem dengan Suhan Movies pada 23 Ogos 2011 ini dan berlakon di bawah arahan sutradara Erma Fatima. Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon A.R. Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit. Bercerita mengenai Aidilfitri tahun ini, tambah beliau, beliau akan beraya di rumah anak sulungnya di Bukit Kapar , Klang. Berikut antara cerita beliau semasa di temui di Saloma Bistro.
“Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan,”
“Tahun ini saya diuji Allah dengan hebat dan saya sendiri tidak menyangka dalam usia 65 tahun ini, Allah masih menguji saya seperti ini. Tetapi saya reda dengan setiap ujian dan yakin pasti ada hikmahnya,”
“Selepas ini saya akan membina sebuah rumah baru dan berazam untuk mempunyai rumah sendiri sebelum meninggal dunia,”
Tags: , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply