Siti Dan Datuk K Berangkat Ke Makkah 19 Ogos Ini

Seperti bulan Ramadhan sebelumya, Siti Nurhaliza dan suaminya akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 19 Ogos 2011 hingga 28 Ogos 2011 ini untuk menunaikan umrah. Tambah beliau lagi, beliau akan menyambut Aidilfitri pada tahun ini di kampung suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, di Permatang Pasir, Kedah. Siti juga ada memberi ulasan menegenai album Inggeris terbarunya Falling In Love. Siti juga sekarang masih menjalani latihan sebagai askar wataniah di pusat latihan Negeri Sembilan. Berikut ulasan Siti kepada media baru-baru ini.
“Saya akan berangkat ke Makkah pada 19 Ogos dan kembali ke Malaysia pada 28 Ogos nanti. Saya akan berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama suami dan beberapa teman rapat kami.
“Memang saya agak sibuk dengan program rakaman sempena raya sepanjang Ramadan, tetapi saya merancang untuk menghabiskan semua kerja terlebih dulu sebelum berangkat menunaikan umrah.
“Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu sibuk dengan program atau undangan persembahan sekembali dari tanah suci sebab saya nak tumpukan pada keluarga, berbuka bersama dengan mereka.
“Bagaimanapun, saya tidak menolak semua tawaran diberikan, ada beberapa undangan persembahan program yang perlu saya selesaikan sebelum berehat menyambut Aidilfitri,”
“Lagu Falling In Love ini adalah cubaan pertama saya untuk menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang lebih urban iaitu rentak lagu yang dihasilkan berkonsepkan ‘dance house’.
“Lagu ini dihasilkan sesuai dengan trend dan selera pendengar sekarang yang amat gemarkan rentak house. Mungkin ada sesetengah pihak yang mengkritik sebutan bahasa Inggeris, tetapi saya sudah mencuba yang terbaik.
“Itulah yang termampu, tambahan pula saya bukannya lahir dalam keluarga yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan tinggal di sebuah kampung dengan masyarakat yang menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu,”

Tags: , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply