Syamsul Tidak Akan Derhaka - Yusof Haslam

Datuk Yusof Haslam, 57 mengaku, syarikatnya Skop Production akan mengalami kerugian sekiranya anaknya, Syamsul Yusof di lepaskan bekerja dengan produksi lain. Ini kerana, sifat anaknya itu sebagai pengarah yang kreatif, syarikatnya telah berjaya mendapat kutipan RM20 juta dalam masa 6 bulan menerusi 2 buah fileh sahaja, iaitu KL Gangster dan Khurafat. Tambah Yusof, walaupun dia tahu, banyak produksi yang memberi tawaran lumayan kepada Syamsul untuk menyertai mereka, dia percaya, anaknya itu tetap akan setia dengan Skop dan tidak mungkin 'menderhaka' terhadap keluarga. Dalam pada itu, Yusof berpendapat, dengan pelbagai projek drama dan filem yang ada, tiada alasan untuk Syamsul keluar berkarya di produksi lain pula. Sementara itu, pada majlis berbuka puasa itu, Yusof telah memberikan bonus iaitu 'duit raya' kepada 160 pekerja syarikat produksi berkenaan, para pelakon, termasuklah pelakon-pelakon veteran dan krew produksi. Yusof berkata, memandangkan tahun ini Skop berjaya mencatat sejarah dengan memperoleh jumlah kutipan filem yang agak besar nilainya, maka tahun ini juga dia melaburkan sejumlah wang yang besar kepada pekerja-pekerjanya. Walau bagaimanapun beliau enggan memberitahu jumlah keseluruhan bajet pemberian bonus tersebut. Berikut ulasan beliau ketika di temui pada majlis berbuka puasa dan pemberian bonus di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang, Rabu.
"Dari segi perniagaan, Alhamdulillah, Syamsul membawa keuntungan kepada syarikat dan sebagai seorang ayah, saya bertuah mempunyai anak sepertinya.
"Tetapi dari sudut kekeluargaan pula, saya sudah mengingatkan Syamsul dan seorang lagi anak iaitu Syafiq supaya kekallah bekerja dengan Skop,"
“Kejayaan filem Khurafat & KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah membawa kutipan berjumlah RM20 juta kepada syarikat menjadikan pengarah muda ini sebagai aset paling berharga buat kami. Alhamdullilah, dia telah mengembalikan semula zaman kegemilangan Skop Production. Dan, saya berasa amat bertuah kerana dapat anak macam dia.
“Sebagai sebuah syarikat produksi yang mempunyai 100 orang staff, kami perlu survive untuk menjaga kepentingan serta kebajikan syarikat. Syukur kerana setiap pengalaman yang telah saya curahkan kepadanya digunakan sebaik mungkin,”

"Setakat ini Skop mempunyai pelbagai projek yang perlu dilaksanakan. Malah bekerja dengan keluarga adalah paling mudah kerana apa yang mereka mahu, saya beri.
"Malah dari segi masa kerja juga lebih fleksibel. Cuba kalau kerja dengan orang lain, silap hari bulan, seawal 8 pagi sudah kena ada di pejabat,"
“Walaupun Syamsul menerima tawaran yang berkali ganda, saya sentiasa menasihatkan Syamsul agar terus kekal di Skop Production. Syarikat ini dibina hasil daripada titik peluh & survival saya sepanjang berada di dalam industri perfileman. Lagi pun, saya tak pernah sekat sebarang idea yang dikemukakan oleh Syamsul. Jadi, saya percaya anak saya tidak akan ‘menderhaka’ terhadap keluarga sendiri.
Saya selalu ingatkan Syamsul supaya tidak terlampau gembira dengan kejayaan yang dimilikinya. Saya tidak mewahkan Syamsul dengan kebendaan kerana nak dia belajar erti kesusahan seperti mana yang pernah saya hadapi dulu. Syamsul telah diajar dengan displin serta tahu menghargai wang ringgit,”

"Alhamdulillah, bila kita ada rezeki lebih, tidak salah untuk dikongsi bersama. Saya bersyukur kerana pemberian bonus pada tahun ini adalah paling besar jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu,"
Tags: , , , , , , , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply