Ulasan Juliana Evans
"Kami memang rapat dan kenal dah lama. Apabila keluar gosip mengatakan kami bercinta, kami sekadar boleh ketawa sahaja. Tak mungkin saya akan bercinta dengan dia.
"Kami memang berkawan rapat dan kerana itu, ia memudahkan kami untuk sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng,"
"Tak akanlah kerana gosip tersebut, kami terus tak mahu berkawan. Kami berkawan baik dan saya memang tak ada masalah dengannya. Kenal dah lama dan filem ini juga merupakan kesempatan kali pertama untuk kami sama-sama bekerjasama,"Ulasan Zizan Raja Lawak
"Memang tak ada cinta antara kami, namun saya tak nafikan kami memang kawan rapat. Kalau diberi peluang untuk pilih Juliana untuk jadi sebagai kawan atau kekasih, saya akan pilih dia sebagai kawan.
"Kawan ni, kita boleh berkawan selamanya dan berkongsi segala masalah. Bercinta kalau tak sehaluan dah jadi lain dan kita akan mudah kehilangannya. Dia juga jenis yang mampu bezakan di antara kerja dan kawan,"
"Tak ada bibit cinta di antara kami. Yang ada cuma keserasian. Disebabkan itu, senang untuk kami bekerjasama. Bukan kami yang merancang untuk mewujudkan gimik bercinta untuk menarik orang datang tengok filem ini,"
"Dia banyak pengalaman dan banyak ilmu yang saya dapat daripadanya. Semua orang sekeliling kita merupakan aset buat kita dan saya tak mahu kehilangan aset tersebut. Apa yang pasti saya senang nak berbual dan berkongsi masalah bersamanya,"
0 comments